Perak Janji Kejutan Kedua Seawal Mac
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Perak FC menjanjikan kejutan kedua pada bulan Mac ini sebagai persediaan kembali ke Liga Super 2024/25.

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Bobie Farid, beliau kelihatan teruja untuk menyaksikan sambutan hangat yang diterima bagi majlis pelancaran jersi musim baharu.

“Kami tidak menjangkakan seramai ini kerana dibuatbpada 17 Februari. Kami memang merancang untuk mengumumkan pelancaran lebih awal disebabkan oleh perayaan dan sebagainya.”

Advertisements

“Persediaan jersi sudah bermula tahun lepas, penghasilannya pun sama. Tahun ini kami lebih bersedia. Tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas ketika majlis pelancaran.”

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong sambil memberi bayangan akan ada kejutan selepas ini.

“Bagi jersi kedua (away), salah satu rekaan itu warnanya kita tidak pernah pakai. Jersi akan sampai 15 Mac nanti. InsyaAllah akan sampai jersi kedua dan ketiga,” ujarnya selepas majlis pelancaran jersi baharu Perak bagi musim 2024/25.

Advertisements

10 pemain baharu juga dijangka akan memperkuat The Bos Gaurus sambil beberapa pemain sudah pun diumumkan lebih awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram