Advertisements
Perak Nafi Tuduhan Buat Bantahan Terhadap Mutu Pengadilan
Liga Super
MakanBola
Perak Football Club

Baru-baru ini dikhabarkan oleh beberapa sumber pasukan Perak mahu pertimbangkan bantahan terhadap mutu pengadilan ketika perlawanan Liga Super 2023 di antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta’zim pada selasa.

Namun, pada hari ini Perak FC telah mengeluarkan penafian sekeras-kerasnya terhadap semua laporan media atas tuduhan tersebut dalam satu pemgumuman rasmi di media sosial Instagram milik Perak FC sebentar tadi.

“Merujuk kepada laporan di pelbagai saluran media bertajuk “Perak FC buat bantahan rasmi mutu pengadilan”. Kami ingin menafikan sekeras-kerasnya semua laporan media ini.”

“Kelab Bola Sepak Perak tidak berniat untuk membuat sebarang bantahan rasmi terhadap mutu pengadilan pada masa ini.”

Pada perlawanan tersebut, terdapat kekasaran yang dilakukan pihak lawan menyebabkan Perak FC kehilangan tonggak utama akibat kecederaan termasuk penyerang, Seo Seonung. 

Perak FC bakal bertemu Kuala Lumpur City dalam perlawanan minggu kelapan saingan Liga Super 2023 yang telah dijadual berlangsung pada hari Isnin, 10 April 2023 bertempat di KLFA Stadium.