Pemain import pasukan Perak FC, Subday Afolabi secara rasminya bakal menyambung kontrak bersama The Bos Gaurus bagi dua musim akan datang.
Pertahanan kelahiran Nigeria ini menjadi tunjang utama buat pasukan kendalian Yusri Che Lah untuk terus memacu saingan di pentas Liga Premier.
Bekas pemain Zizcov ini juga merupakan pemain yang tular baru-baru ini susulan tindakan kurang senang ketika menentang Kelantan di Kota Bharu.
Walau bagaimanapun, Sunday difahamkan akan terus kekal di bumi Perak dalam usaha untuk membawa saingan yang lebih hebat terutamanya ke Liga Super musim hadapan.
Menerusi satu kenyataan oleh laman rasmi pasukan Perak FC, Sunday berjaya menambat hati pihak pengurusan dan juga barisan kejurulatihan mereka ketika ini.
Perak yang berdepan potongan mata sebelum ini namun sudah kembali ke landasan sebenar terutamanya selepas meraih 3 mata berdepan Kelantan tempoh hari.