Pasukan Perak sah akan beraksi di Liga Super bagi musim 2023 selepas berjaya melepasi kriteria yang telah ditetapkan oleh badan penganjur Malaysian Football League (MFL).
Hal ini berkaitan dengan pengumuman daripada First Instance Body (FIB) yang memaklumkan bahawa tiada aksi play off bagi slot Liga Super 2023 kerana beberapa Kelab Liga Amatur M3 tidak menepati kriteria kelab profesional.
Menurut MFL, terdapat 7 kelab Amatur yang membuat permohonan iaitu PIB FC, Harini FT, BRM FC, Imigresen FC, Armed Forces, Manjung City FC dan Kinabalu Jaguar FC .
Kesemuanya tidak melepasi syarat yang ditetapkan dan ada yang tidak dapat melengkapkan dokumentasi yang diperlukan untuk mendapatkan lesen.
Perak FC akan menjadi sebuah pasukan yang bakal digeruni selepas pengumuman bekas pengarah teknikal di NFDP, Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih pasukan yang baharu.
Pastinya, Skuad Seladang kini dalam usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak mereka selepas menghadapi musim yang sukar sebelum ini.
Bagi rekod musim ini, Perak berada pada kedudukan kedua tercorot Liga dengan mengumpul 8 mata sahaja. Hanya mencatatkan 5 kemenangan, 2 seri dan 14 kekalahan dalam 18 perlawanan.