“Perak Seperti Arsenal, 5-6 Tahun Lagi Akan Jadi Pasukan Gergasi”
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Beberapa hari lepas, skuad Perak yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim tunduk 3-0 kepada KL City dalam Piala Menteri Persekutuan 2023. Walaupun atas kertas dibolosi tiga gol, hakikatnya, prestasi The Bos Gaurus tidaklah seteruk seperti yang disangka.

Ini kerana sepanjang perlawanan, skuad Seladang mengawal bahagian tengah sekaligus memudahkan mereka merencana banyak gerakan serangan terhadap tuan rumah.

Malah, Perak juga hampir-hampir menembusi gol KL City yang dikawal Kevin Ray Mendoza (babak pertama) dan Azri Ghani (babak kedua). Peluang terbaik mereka hadir menerusi penyerang import, Christian Obiozor tetapi percubaannya terkena palang.

Advertisements

Satu-satunya sebab The Bos Gaurus dibolosi tiga kali ialah kesilapan mudah yang berpunca daripada kekurangan pengalaman. Perlu diingat, kebanyakan pemain skuad Perak ialah pemain muda.

Malah, Teong Kim sendiri mengingatkan kepada para penyokong agar bersabar dan terus setia menyokong mereka. Ini kerana dengan pengalaman dan bimbingan yang betul, pemain-pemain ini boleh saja menjadi aset jangka panjang kelab.

Pandangan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich itu turut disokong para penyokong yang menonton perlawanan tersebut.

Advertisements

Mereka melihat pemain-pemain yang diturunkan tampak lebih berani, cepat membuat keputusan dan ada keyakinan mendepani pemain-pemain lawan yang lebih berpengalaman. Hanya nasib yang tidak menyebelahi skuad Seladang dari segi menjaringkan gol.

Hal ini turut diakui oleh pengendali KL City, Bojan Hodak. Mengakui anak-anak buahnya belum cergas 100%, beliau menyifatkan The Bos Gaurus sebagai lawan sukar dengan pemain-pemain muda lawan kerap membuat larian ke arah gol City Boys.

Oleh sebab itu, skuad Perak perlu diberi sokongan padu bagi membolehkan mereka tampil lebih baik menjelang aksi Liga Super yang bermula pada 24 Februari. Perak bakal membuka tirai saingan mereka dengan menentang Kedah di Stadium Perak pada 25 Februari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram