Advertising
Perak Terpaksa Lupakan Khidmat Luiz Motta
MakanBola
Terengganu FC

Perak FC terpaksa melupakan khidmat pemain tengah Brazil, Luiz Henrique Motta.

Sebelum ini, The Bos Gaurus terpaksa beraksi tanpa trio pemain import, Lee Tae-min, Luka Milunovic dan Jesper Nyholm.

Ad

Ini selepas ketiga-tiga pemain itu meninggalkan Perak pada penghujung tahun 2024. Tae-min, Milunovic dan Nyholm masing-masing menyertai Pocheon Citizen, FK Vozdovac dan PT Prachuap.

Ad

Kini, Perak terpaksa melupakan khidmat Motta sehingga akhir musim ini. Ini kerana bekas pemain Comercial-SP itu mengalami kecederaan serius dan perlu menjalani pembedahan.

Perkara ini turut disahkan jurulatih The Bos Gaurus, Yusri Che Lah dalam sidang media pasca-perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak pada 24 Februari lalu.

Ad

“Kehilangan (pemain import) terutama Jesper Nyholm dan Luka Milunovic merupakan satu tamparan hebat (kepada Perak),” katanya.

Ad

“Pada masa sama, Luiz Motta juga mengalami kecederaan (serius). Kita tidak menyenaraikan nama beliau sehingga habis musim. Beliau baru saja menjalani pembedahan.”

Ad

Situasi ini menyebabkan Perak hanya menyenaraikan Sunday Afolabi, Adilet Kanyebekov dan kapten, Luciano Guaycochea untuk aksi menentang JDT. Seorang lagi tonggak import iaitu Clayton da Silva pula menjalani penggantungan perlawanan.

Aksi tersebut menyaksikan Perak tewas 2-0 kepada juara Liga Super 11 kali itu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments