Yusri Che Lah Diberikan Peranan Baru Kemudi Perak
Dunia
Perak Official
Advertisements

Perlawanan diantara Perak menentang Kuching City dalam saingan Liga Perdana musim ini akan menjadi perlawanan terakhir buat Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih Perak.

Perak FC sah mengumumkan ketua jurulatih baharu, Lim Teong Kim yang akan memulakan tugas pada 17 September ini.

Menurut kenyataan media Perak FC di Instagram, khidmat Yusri Che Lah masih dikekalkan namun diberi peranan lain iaitu membangunkan skuad bawah 23 tahun Perak pada musim depan.

Advertisements

Untuk rekod, Yusri Che Lah mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang kejurulatihan dimana beliau telah memulakan karier kejurulatihan sejak 2014 bersama pasukan Perlis.

Kini, Perak berada di tangga tercorot Liga dengan 7 mata selepas menangi lima perlawanan, satu seri dan 11 kekalahan sepanjang 17 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram