Perancis Tunduk Kepada Jerman
Persahabatan
DFB
Advertisements

Perlawanan persahabatan antarabangsa hari ini menyaksikan pertembungan di antara Perancis menentang Jerman yang berakhir dengan keputusan 0-2.

Seawal 1 minit permainan, bintang muda Jerman, Florian Wirtz menjaringkan gol pertama pasukan menerusi sepakan deras dari luar kotak. Ini merupakan jaringan pertama peribadi buat dirinya bagi skuad senior.

Separuh masa pertama memihak kepada Jerman menerusi penguasaan bola 56 peratus berbanding Perancis 44 peratus. Perlawanan kekal Perancis 0-1 Jerman.

Advertisements

Perancis terus membuat pertukaran tiga pemain pada separuh masa kedua memasukan Eduardo Camavinga, Theo Hernandez dan Jonathan Clauss.

Pada minit ke-49 permainan, Kai Havertz mencatat nama sebagai penjaring kedua pasukan selepas menerima mudah hantaran kemas daripada Jamal Musiala.

Anak buah Didier Deschamps terus buntu, asakan demi asakan dilakukan tetapi tetap gagal menjaringkan sebarang gol.

Advertisements

Empat minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Keputusan kekal Perancis 0-2 Jerman. Les Blues tewas di laman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram