Peraturan ‘Gila’ Xavi Untuk Pemain Barcelona Ini Boleh Buat Jantung Kita ‘Dup Dap’
Dunia
FC Barcelonanoticias
Advertisements

Menurut satu laporan daripada Barcablaugranes, Xavi telah memperkenalkan beberapa peraturan ‘gila’ untuk para pemain Barcelona. Xavi yang sebelum ini telah sah dilantik sebagai pengurus untuk membimbing skuad FC Barcelona.

Xavi dikatakan masih mengetengahkan beberapa corak disiplin daripada era Luis Enrique. Akan tetapi pengurus baharu itu dilihat telah menambah beberapa undang-undang disiplin bagi memantapkan skuad gergasi Sepanyol itu.

Beliau mahu pemainnya hadir ke sesi latihan satu jam setengah lebih awal. Jika sebelum ini, latihan bermula pada jam 11 pagi, tetapi kini sesi latihan pasukan akan bermula pada jam 9.30 pagi. Jika para pemain ini tidak menepati masa, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendenda mereka.

Advertisements

Dalam pada itu, Xavi turut mengarahkan barisan kejurulatihan dan kakitangan untuk hadir 2 jam lebih awal. Denda-denda ini lebih kurang sama seperti yang dikenakan semasa zaman pemerintahan Luis Enrique, akan tetapi ia menjadi lebih tegas dan ketat jika semakin ramai pemain yang buat hal dan datang lambat.

Xavi juga mahu para pemain sentiasa menjaga pemakanan mereka. Mereka perlu bersarapan dan makan tengah hari bersama-sama dengan pakar pemantauan makanan. Beliau mahu memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik, dan menghabiskan lebih banyak masa untuk menjalani latihan individu untuk mencapai keadaan fizikal pada tahap yang terbaik.

Ketika ini, kelab itu sedang mengalami krisis kecederaan yang melibatkan beberapa tonggak utama. Oleh itu, mesej awal daripada Xavi sangat jelas, semuanya yang terbaik buat pasukan. “Sudah tiba masanya untuk bekerja,” jelas Xavi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram