Eropah
Advertisements

Melihat Messi menyarung jersi PSG sudah cukup menyakitkan hati penyokong Barcelona. Namun lebih menyakitkan hati apabila ianya berpunca daripada kegagalan pengurusan kelab sendiri dalam menguruskan kewangan.

Kelab Catalan tersebut mempunyai baki hutang yang amat tinggi malah telah gagal mengikuti had perbelanjaan gaji pemain yang ditetapkan La Liga.

Ekoran itu, Messi tidak dapat didaftarkan sebagai pemain Barcelona. Lebih teruk lagi, walaupun Messi tidak lagi bergelar pemain Barcelona, struktur gaji kelab tersebut masih melebihi had yang ditetapkan. Ini bermakna Barcelona perlu melepaskan beberapa pemain mereka bagi mengimbangi akaun kewangan kelab.

Advertisements

Ditambah lagi dengan krisis pandemik Covid-19, jumlah hutang kelab dianggarkan €1.2 bilion menurut Everthingbarca. Juan Laporta, president baharu Barcelona turut menyatakan kelab berada dalam keadaan yang lebih teruk daripada apa yang beliau jangkakan.

Barcelona sebelum ini telah berbelanja besar sewaktu musim perpindahan pemain sejak 5-6 tahun kebelakangan ini. Sejak membawa masuk Neymar pada tahun 2013, Barcelona telah mula berbelanja lebih €100m semusim. Kali terakhir kelab berbelanja bawah €100m adalah pada musim 2015/2016.

Sejak musim 2016/2017, Barcelona berbelanja melebihi €100m semusim. Antara pemain yang dibeli dengan harga terlalu tinggi ialah Phillipe Coutinho (€135m), Ousmane Dembele (€135m), Antoine Griezmann (€120m) dan Frenkie De Jong (€86m).

Advertisements
transfer barca Perbelanjaan Gila-Gila Barcelona Punca Messi Terpaksa Angkat Kaki
Rekod perpindahan termahal Barcelona

Antara pemain mahal tersebut, hanya De Jong yang mampu menjadi pemain utama pasukan Barcelona. Malah kehadiran Coutinho, Dembele, Griezmann tidak dapat memberi impak yang tinggi terhadap prestasi pasukan itu.

Limit gaji Barcelona berjumlah €671m sejak 2019. Namun angka tersebut menurun ekoran pandemik dan kelab perlu mematuhi had gaji €348m pada musim ini menurut Goal. Disebabkan itu pada musim ini Barcelona hanya membawa masuk pemain secara percuma iaitu Eric Garcia, Memphis Depay dan Sergio Aguero dan membayar €9m sahaja untuk Emerson.

Namun pemain-pemain tersebut sekadar menandatangan kontrak bersama kelab. Depay, Garcia, Aguero dan Emerson masih tidak dibenarkan untuk didaftarkan sebagai pemain kerana perbelanjaan gaji kelab telah melebihi had.

Advertisements
Pemain-pemain baharu musim ini

Barcelona perlu melepaskan beberapa pemain sebelum dapat mendaftarkan pemain baharu. Setakat ini Barcelona telah melepaskan Junior Firpo, Jean Clair Todibo dan Carles Alena. Tetapi itu masih belum mencukupi buat kelab.

Barcelona perlu melepaskan beberapa pemain bergaji besar seperti Antoine Griezmann, Ousmane Dembele, Phillipe Countinho, Samuel Umtiti atau pemain lain. Bertambah buruk, tiada satu kelab pun yang mahu mendapatkan pemain terbabit.

Malah kelab juga sedang berusaha untuk mengurangkan gaji pemain yang terlalu tinggi. Antara penerima gaji tertinggi Barca ketika ini ialah Griezmann, Dembele, De Jong, Pique, Umtiti dan Busquets.

Advertisements

Barca berkemungkinan akan turut kehilangan pemain baharu mereka sekiranya akaun kewangan kelab gagal diseimbangkan.

Kegagalan mengekalkan Messi walaupun pemain tersebut sanggup menerima 50% potongan gaji membuktikan betapa buruknya keadaan kewangan kelab Barcelona sekarang. La Liga juga bakal menerima tempias ekoran pemergian Messi kerana rata-rata peminat bola sepak mengikuti La Liga disebabkan adanya Messi di Barcelona.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram