Persaingan merebut Kasut Emas Piala Dunia makin hangat dengan tiga pemain mengetuai pemburuan anugerah berkenaan.
Tiga pemain tersebut ialah Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Erling Haaland. Messi mengetuai senarai penjaring terbanyak dengan lima gol setakat ini.
Ini selepas beliau membantu Argentina menewaskan Austria 2-0. Dua gol sama turut membantunya memintas Miroslav Klose sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia.
Mbappe dan Haaland pula masing-masing berkongsi empat gol. Ini selepas kedua-dua pemain masing-masing meledakkan dua gol untuk Perancis dan Norway.
Mbappe membantu Perancis menewaskan Iraq 2-0. Dua gol Haaland pula memastikan Norway mengatasi cabaran Senegal 3-2.
Memandangkan Piala Dunia masih lagi berlegar dalam fasa peringkat kumpulan, persaingan ini dijangka lebih hangat. Ini kerana Denis Undav dan Jonathan David berkongsi tiga gol.
Selain itu, beberapa penyerang bertaraf dunia seperti Harry Kane, Matheus Cunha dan Brian Brobbey baru saja menemui rentak. Justeru, tidak mustahil bilangan pemain yang memburu Kasut Emas akan bertambah selepas ini.