Perlawanan Dihentikan Untuk Beri Peluang Pemain Berbuka Puasa Di Bundesliga
Eropah
ESPN
Advertisements

Perlawanan Bundesliga yang menemukan FC Augsburg dan Mainz 05 telah dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam, Moussa Niakhate untuk berbuka puasa.

Umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan pemain Real Madrid, Karim Benzema paling mencuri tumpuan kerana walaupun berpuasa seharian namun berjaya mencipta hatrik ketika menentang Chelsea dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niakhate telah berjaya berpuasa pada hari perlawanan dan pada minit ke-65 pengadil perlawanan Matthias Jollenbeck menghentikan perlawanan untuk Nikahate menambah tenaga dengan berbuka puasa.

Advertisements

Nikahate dilihat berbuka puasa dengan hanya meminum dua jenis air yang dipercayai air minuman biasa dan air tenaga.

Selepas berbuka puasa, pemain dari Perancis itu mengucapkan terima kasih kepada Jollenbeck di atas detik tersebut yang pastinya akan diingati oleh para peminat bola sepak seluruh dunia.

Peristiwa tersebut merupakan kali pertama perlawanan di Liga Jerman telah dihentikan untuk membolehkan pemain berbuka puasa. Para peminat juga sangat menyenangi keadaan tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram