Advertisement
Perlawanan Melaka United – KL City Tergendala, Dah Macam Pembukaan Sukan SEA
TV
MakanBola
Melakahariini

Perlawanan separuh akhir ke-2 melibatkan Melaka United menentang Kuala Lumpur City ditangguhkan waktu selepas berlaku masalah ketiadaan tenaga elektrik di Stadium Hang Jebat.

Pihak TNB sedang memperbaiki masalah yang dihadapi di Melaka dan dikhabarkan akan pulih pada jam 9.30 malam namun sehingga kini perlawanan masih belum bermula.

Menerusi satu hantaran oleh Twitter melakaHariini, kelihatan penyokong bermain lampu dalam keadaan gelap sekaligus ianya kelihatan seperti acara pembukaan sukan SEA ataupun Olimpik.

Buat masa ini sehingga jam 10.00 malam, perlawanan masih belum bermula dan bekalan elektrik masih belum ada.