Perlawanan Melibatkan Safawi Rasid Disiarkan Secara Langsung, Dijangka Diturunkan Menentang Maritimo
Dunia
Advertisements

Berita baik buat rakyat Malaysia apabila perlawanan melibatkan Safawi Rasid bersama kelab barunya di Portugal, Portimonense akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan 802 (HD).

Portimonense bakal bertemu pasukan dari kepulauan Funchal, SC Maritimo yang berada kira-kira 970 kilometer dari tanah besar Portugal.

Perlawanan Maritimo menentang Portimonense akan disiarkan secara langsung di Astro Arena tepat jam 10.15pm waktu Malaysia dan Safawi dijangkakan bakal diturunkan oleh Ketua Jurulatih Portimonense, António Folha.

Advertisements

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

Bakal Diturunkan Dalam Perlawanan Portimonense – Maritimo

Safawi Rasid sebelum ini dilihat bergandingan dengan beberapa pemain utama pasukan ketika latihan dan Safawi juga diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan sudut semasa sesi latihan pasukan.

Advertisements

Siaran Langsung Portimonense – Maritimo juga boleh diakses secara penstriman langsung menggunakan aplikasi Astro GO.

Safawi sebelum ini mengakui bahawa penyokong Portimonense sememangnya tidak mengenali beliau dan beliau mahu mereka mengenali sebagai seorang penyerang tulen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram