JDT mengejutkan pasukan dari Bulgaria dengan kemenangan 1-0 atasi Levski Sofia namun tercalit kontroversi yang sukar untuk difahami pada minit ke-55 yang menyebabkan perlawanan tidak dapat diteruskan.
JDT hampir mendahului perlawanan pada minit ke-21 namun sepakan deras Leandro Velázquez berjaya dihalang penjaga gawang Levski Sofia.
Juan Muniz memecah kebentuan jaringan menerusi jaringan pertamanya bersama JDT pada minit ke-24 selepas menerima hantaran Bergson.
Levski yang terkejut dengan jaringan tersebut cuba mendapatkan gol penyamaan namun pertahanan JDT berdisiplin mengawal keadaan sehingga separuh masa pertama tamat.
Bersambung separuh masa ke-2, perlawanan diteruskan dengan aksi penuh fizikal dari kedua-dua pasukan.
Namun berlaku pergaduhan besar pada minit ke-53 yang menyebabkan perlawanan terhenti seketika sehingga menyebabkan para pemain Levski keluar dari padang.
Selepas berlaku beberapa perbincangan, perlawanan disahkan dihentikan dan JDT memenangi perlawanan 1-0 mengatasi Levski Sofia.
Apa Sebenarnya Yang Terjadi?
Sukar untuk dijelaskan namun ulang tayang yang dibuat menunjukkan seolah-olah terdapat pergaduhan mulut dan provokasi antara dua pemain yang menyebabkan pergaduhan itu terjadi.
JDT dijadulakan bakal bertemu Lokomotiv Moscow pada 2 Februari dan bakal berhadapan cabaran lebih getir bertemu juara Liga Rusia, FC Zenit pada 6 Februari ini.