Perlis United Beri Sinar Baru Buat Rakyat Perlis
Liga M3
Perlis United FC
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengambil langkah positif dengan menubuhkan sebuah pasukan milik penuh syarikat swasta yang ditubuhkan dengan nama Perlis United FC.

Perlis United kini akan beraksi dalam Liga M3 dan dikendalikan oleh Optimus Sports Sdn Bhd milik PFA.

Exco Belia dan Sukan, Hamizan Hassan optimis dengan kewujudan Perlis United dalam memberikan sinar baru buat penduduk Perlis yang sekian lama menantikan kebangkitan “Singa Utara” ini.

Advertisements

“Ia berkaitan dengan pemisahan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dan kelab bola sepak (FC).”

“PFA turut menubuhkan Optimus Sports Sdn Bhd untuk menguruskan pasukan ini dan kerajaan negeri memberikan sokongan penuh untuk memastikan kelab ini didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) awal Januari tahun ini.” Jelas Hamizan kepada BERNAMA.

Beliau turut menjelaskan kerajaan negeri tidak akan masuk campur soal pengurusan kelab bola sepak ini sekaligus memberikan ruang selain mematuhi syarat penswastaan kelab.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram