Perlis United Terima Tajaan RM25 Juta
Liga Super
MFL
Advertisements

Pasukan Liga M3, Perlis United menerima tajaan sekitar RM25 Juta sekaligus membuka peluang buat pasukan untuk beraksi di Liga Super bagi musim 2024/25.

Menerusi satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa Perlis United FC (PUFC) diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) yang bersyarat.

Hal ini bagi membolehkan pasukan utara tanah air itu mengisi slot ke-14 untuk menyertai Liga Super 2024-2025.

Advertisements

Keputusan itu dibuat selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL mendengar permohonan PUFC menerusi cadangan daripada First Instance Body (FIB).

Semakan dan penilaian teliti terhadap dokumen-dokumen yang diserahkan oleh kelab M3 Amateur Football League (AFL) itu juga telah dilakukan.

Selain daripada Perlis United, beberapa kelab lain turut mengemukakan permohonan termsuklah Imigresen FC, KL Rovers FC dan Harini Selangor FT bagi mengisi slot ke-14 selepas Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) menolak permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC untuk bertanding dalam Liga Super 2024-2025.

Advertisements

Setiap permohonan perlu melengkapkan kriteria dan sub-kriteria iaitu Infrastruktur, Kakitangan & Pentadbiran, Sukan, Perundangan, Kewangan dan Perniagaan yang telah dinyatakan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Berdasarkan semakan dan penilaian teliti terhadap setiap permohonan yang dikemukakan, PUFC memiliki dokumen lebih kukuh dengan salinan surat penajaan berjumlah RM25 juta.

Hal ini hasil daripada empat potensi penaja iaitu Mudim Zakaria Food Industries Sdn Bhd, Ivory Properties Group Berhad, M.A Intelligent Holdings Sdn Bhd dan Al Razi Holding (M) Sdn Bhd.

Advertisements

Bukan itu sahaja, PUFC juga telah mengemukakan salinan cek berjumlah RM5 juta daripada salah satu penaja tersebut sebagai bukti dana kewangan pasukan.

Selain itu, kelab berkenaan juga menyerahkan surat sokongan daripada kerajaan negeri Perlis yang ditandatangani oleh Menteri Besar, YAB Tn Mohd Shukri Ramli serta surat sokongan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Ahli Lembaga Pengarah MFL bagaimanapun memutuskan PUFC hanya akan diberikan Lesen Bersyarat Luar Biasa dengan mematuhi beberapa keperluan dan kriteria yang ditetapkan oleh FIB susulan janji dan jaminan yang diberikan kepada FIB daripada pegawai-pegawai PUFC semasa pembentangan mereka. 

Advertisements

MFL telah memaklumkan syarat-syarat berkenaan kepada PUFC dan kini sedang menunggu dokumentasi penajaan dan bukti dana mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram