Pernah Julang Piala AFC, Mampukah Fazly Mazlan Kembali Menyinar Bersama Selangor?
Blog
Selangor FC
Advertisements

Baru-baru ini, Selangor FC mengumumkan pemain baru mereka iaitu pemain pertahanan kiri, Fazly Mazlan yang berhijrah dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT). Fazly mengikat kontrak 2 tahun bersama Selangor FC.

Fazly bukanlah nama yang asing dalam dunia bola sepak tempatan kerana nama beliau pernah disebut-sebut sebagai antara pertahanan kiri terbaik yang pernah dimiliki negara.

Kenangan paling manis dalam karier beliau pastinya menjulang Piala AFC 2015 bersama JDT. Lebih manis lagi beliau beraksi penuh 90 minit dalam perlawanan itu.

Advertisements

Namun karier Fazly tampak sedikit berliku ketika musim 2018. Beliau hanya beraksi 3 kali bersama skuad utama JDT ditambah pula dengan kehadiran Corbin Ong yang sekali gus menjadikan Fazly kehilangan tempat dalam kesebelasan utama.

Selepas kehilangan tempat bersama JDT, Fazly dipinjamkan ke pasukan Pahang selama 2 musim dan perlu bersaing dengan Faisal Rosli. Fazly kerap diturunkan dalam kesebelasan utama dan sedikit demi sedikit beliau mendapatkan semula rentak permainan beliau.

Kini, selepas 2 musim dipinjamkan ke Pahang dan tamat kontrak bersama JDT, Selangor FC dengan pantas menyambar Fazly dan mengikat kontrak 2 tahun. Anak kelahiran Klang Selangor ini berazam mahu memberikan yang terbaik buat Selangor FC dan memenangi sesuatu bersama pasukan.

Advertisements

“Selangor FC dan saya memiliki misi yang sama iaitu kami ingin menang sesuatu di sini, InshaaAllah saya akan buat yang terbaik untuk kelab ini bagi mencapai misi tersebut,” jelas Fazly kepada Media Selangor.

Pasukan Selangor sangat sinonim dengan krisis pertahanan kiri yang membelenggu pasukan. Mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan pertahanan kiri terbaik sekali gus memaksa Jordan Ayimbila yang beraksi sebagai pertahanan tengah di Selangor FC II terpaksa beraksi selaku pertahanan kiri untuk skuad utama.

Jadi dengan kehadiran Fazly Mazlan, peminat mengharapkan krisis pertahanan kiri Selangor yang selama ini kerap menghantui pasukan berjaya dipulihkan untuk menghadapi musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram