Dunia
GFA
Advertisements

Berita mengenai perpindahan pemain import baharu Kelantan, Nuha Marong kini mula tersebar luas terutamanya di Gambia.

Pemain berusia 29 tahun itu digembar-gemburkan akan menyertai pasukan Pantai Timur itu namun setakat ini masih tiada pengumuman rasmi dibuat.

Bintang yang beraksi pada posisi serangan ini merupakan antara calon yang diletakkan dalam pilihan pasukan bagi mengetuai jentera serangan musim 2023.

Advertisements

Malah, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham ada bertanya pandangan kepada penyokong sekiranya beliau membuat keputusan untuk membeli pemain ini.

Kini, menerusi satu hantaran di laman rasmi Persatuan Bolasepak Gambia (GFA), mereka telah mengesahkan bahawa Nuha telah pun meninggalkan pasukan India, Rajasthan United untuk ke Malaysia.

Pihak di sana juga mengucapkan selamat maju jaya buat pemain kelahiran Sepanyol-Gambia ini yang memiliki pengalaman yang amat mula tentang bola sepak La Roja.

Advertisements

Pada musim 2023, Nuha telah beraksi sebanyak 5 perlawanan bagi membantu pasukannya menduduki tangga ke-6 liga ketika ini .

E8EAA54F 3D10 4F35 BC90 9A405936FA71 Perpindahan Nuha Marong Ke Kelantan Tersebar Di Gambia
FB: Gambia FA
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram