Perpindahan Pratama Arhan Lonjak Jumlah Pengikut Instagram Tokyo Verdy
Asia
Tokyo Verdy
Advertisements

Pemain pertahanan Indonesia, Pratama Arhan telah melengkapkan perpindahan ke sebuah pasukan yang berpangkalan di Jepun iaitu Tokyo Verdy. Pemain yang berusia 21 tahun itu telah diumumkan secara rasmi oleh kelab barunya di laman Instagram pada semalam.

Kehadiran Arhan ke kelab tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan peminat bola sepak di Asia. Setelah poster ‘Welcome To Tokyo’ dimuatnaik, followers Instagram kelab itu terus melonjak naik.

Difahamkan sebelum ini Tokyo Verdy hanya mempunyai kira-kira 28 ribu jumlah pengikut, kini angka tersebut terus berubah secara drastik, setakat jam 12.00 a.m, 17 Februari 2022, pengikut Instagram Tokyo Verdy telah mencecah seramai 200 ribu followers.

Advertisements

Hantaran berkaitan perpindahan Arhan itu juga mendapat jumlah likes yang banyak iaitu sebanyak 340,912. Ini bukanlah suatu perkara yang mustahil kerana untuk rekod, Pratama Arhan merupakan pemain Indonesia yang memiliki jumlah followers di Instagram terbanyak iaitu seramai 2.9 Juta.

Perpindahan Arhan seolah membawa tuah apabila Tokyo Verdy menjadi kelab kedua di Jepun yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai selepas Vissel Kobe. Tokyo Verdy berjaya mencantas jumlah pengikut kelab-kelab besar di Jepun yang lain seperti Kashima Antlers, Urawa Reds dan Kawasaki Frontale.

Kelab yang beraksi di saingan liga kedua Jepun (J2 League) ini pasti akan memanfaatkan sebaik mungkin khidmat pemain muda berbakat ini. Arhan bakal menjadi pencetus dan inspirasi kepada pemain-pemain muda Asia Tenggara yang lain. Tahniah dan selamat maju jaya Arhan!

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram