Persaingan Di JDT Lahirkan Pemain Dengan Semangat Luar Biasa
Blog
Johor Southern Tigers
Advertisements

Persaingan sihat dalam pasukan adalah satu perkara yang sangat baik dalam pembangunan sesuatu kelab bola sepak kerana ianya bakal melahirkan pemain dengan semangat yang luar biasa.

Ini kerana kesemua pemain sedar mereka tidak berada dalam keadaan yang selesa meskipun berstatus bintang ataupun pemain kebangsaan kerana tempat mereka sentiasa menjadi rebutan pemain lain yang mahu membuktikan kemampuan masing-masing.

Ini lah yang berlaku kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dapat dilihat persaingan dalaman yang diwujudkan di kelab itu telah membantu para pemain untuk tampil dengan aksi yang luar biasa.

Advertisements

Ketika perlawanan menentang Negeri Sembilan FC, kejayaan JDT mencatat kemenangan besar 7-0 banyak dibantu oleh polisi yang ditetapkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam mewujudkan persaingan antara para pemain.

Contoh paling jelas adalah Corbin Ong yang sebelum ini pasti akan memulakan perlawanan dan berada dalam kesebelasan utama JDT tetapi musim ini berubah dengan kehadiran Esteban Solari sebagai pengendali dan juga Oscar Arribas yang bermain di posisi yang sama.

Selepas dua perlawanan diletakkan di bangku simpanan, Corbin Ong kembali diletakkan dalam senarai pemain utama dan hasilnya dia beraksi dengan semangat yang cukup luar biasa dalam membantu kemenangan Harimau Selatan.

Advertisements

Corbin bukan sahaja cemerlang membentuk benteng yang kental tetapi juga menjaringkan dua gol selain membantu menggerakkan serangan JDT hingga tujuh gol berjaya dihasilkan di laman lawan.

Bukan sahaja Corbin tetapi prestasi membanggakan juga dapat dilihat pada aksi Shane Lowry, Diogo, Akhyar Rashid dan Juan Muniz yang tidak janggal menggantikan tempat pemain utama yang cedera atau pun akibat penggiliran pemain.

Inilah kelebihan yang ada pada pasukan JDT. ‘Squad depth’ dan kualiti yang ada pada barisan utama dan pemain simpanan adalah sama hingga dilihat tidak menjejaskan sistem permainan Harimau Selatan tanpa mengira siapa pun yang diturunkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram