Ads
Persaraan Azlan Shah Terima Reaksi Sebak Penonton
UltraSukan
TKKR Racing Team

Keputusan pelumba motor TKKR Racing Team, Azlan Shah untuk bersara dari dunia permotoran telah membuatkan para penonton sebak.

Advertisements

Pada Rabu, Azlan Shah Kamaruzaman telah mengumumkan persaraan dari sukan dua roda dalam satu hantaran di laman Facebook dan menghargai setiap sokongan yang diberikan oleh para peminat.

Advertisements

“Dengan rasa penuh syukur dan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah membuat keputusan untuk bersara daripada sukan dua roda,” umum Azlan.

Advertisements
Advertisements

“Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia adalah keputusan yang saya ambil dengan penuh pertimbangan,”

“Saya akan sentiasa menghargai memori ini dan membawa semangat anda bersama saya, walaupun saya tidak lagi akan berada di atas dua roda.”

Advertisements

Rata-rata komen di hantaran tersebut meluahkan rasa sedih tatkala mendengar berita persaraan salah seorang lagenda sukan permotoran negara.

”Terima kasih sebab dapat banggakan negara di mata dunia, semoga terus berjaya Sang Juara,” tulis salah seorang pengguna media sosial, Ahmad Aizat Abdul Kadir.

Advertisements

”Terima kasih mewarnai, menghiasi dan mengharumkan nama negara dalam dunia perlumbaan dua roda dari zaman CubPrix hingga sekarang,” ucap Imran Shah di ruangan komen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram