Perseteruan Perak & JDT Bakal Hangatkan Musim 2023
Blog
SF Edit
Advertisements

Keputusan Perak FC untuk melantik bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim sebagai pengendali skuad itu musim hadapan adalah satu berita yang tidak disangka-sangka.

Umum mengetahui bahawa pasukan Perak melalui musim yang berliku musim ini terutamanya pada awal musim dan pihak pengurusan telah membuat satu tindakan pantas melantik Teong Kim untuk membentuk semula pasukan Perak musim hadapan.

Disebalik pelantikan Teong Kim itu, dijangkakan pada musim hadapan pasukan Perak bakal kembali bersaing dengan musuh tradisi mereka Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti musim-musim terdahulu.

Advertisements

Perseteruan JDT dan Perak bukanlah satu perkara baharu dalam arena bola sepak tempatan. Pertemuan kedua-dua pasukan ini kerap kali menimbulkan insiden tegang tidak kira semasa perlawanan mahupun selepas perlawanan.

Isu-isu lain yang menghangatkan perseteruan JDT dan Perak ini sudah pastinya perang di antara pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim atau TMJ dan bakal pengendali Perak FC, Lim Teong Kim.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila kedua-dua individu ini saling berbalas kenyataan mengenai gaji yang dipinta oleh Teong Kim untuk melatih pasukan pembangunan JDT. Namun begitu, Teong Kim menidakkan perkara tersebut walaupun TMJ mengatakan terdapat saksi yang mendengar.

Advertisements

Walau bagaimanapun, segala jangkaan ini akan berlaku jika Perak berjaya melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan yang bakal memperlihatkan 18 pasukan bersaing di kasta tertinggi liga bola sepak Malaysia itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram