Persis Hafiz Suip, Penampilan Pemain Muda JDT Najmudin Akmal Raih Perhatian
Blog
Johor Southern Tigers / IG Hafiz Suip
Advertisements

Nampak sama tapi bukan dia. Penampilan pemain muda Johor Darul Ta’zim, Najmudin Akmal Kamal Akmal raih perhatian para peminat bola sepak tanah air selepas disamakan penampilannya dengan beberapa individu popular dalam dan luar negara.

Najmudin merupakan pemain muda JDT yang kini membarisi skuad JDT III dalam saingan Piala Presiden. Beliau berjaya menjaringkan gol untuk membantu JDT III menewaskan PDRM FC dengan keputusan 3-0.

Foto reaksi beliau ketika meraikan jaringan telah mendapat perhatian para peminat bola sepak tanah air. Ada yang menyamakan penampilan beliau dengan penyanyi lama iaitu Herman Tino. Ada juga yang menyamakan penampilan beliau dengan pemain lagenda Barcelona, Carles Puyol.

Advertisements

Namun rata-rata komen menyamakan beliau dengan Hafiz Suip kerana raut wajah dan rambut yang hampir serupa dengan penyanyi lagu ‘Awan Nano’ itu.

Untuk rekod, Najmudin Akmal merupakan graduan National Football Development Program (NFDP) dan pernah mewakili Malaysia dalam Kejuaraan AFC B-16 pada tahun 2018. Pada ketika itu, skuad bawah 16 tahun negara dikendalikan oleh Lim Teong Kim.

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Brad Maloney sebelum ini ada menyenaraikan nama Najmudin bagi menyertai kem latihan pusat menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022, namun nama beliau tidak terpilih ke kejohanan tersebut.

Advertisements
Najmudin (tiga dari kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya di JDT III. (Foto kredit: Johor Southern Tigers)

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram