Pertandingan Cipta Logo Baru Sri Pahang Hanya Untuk Orang Pahang Cetus Kemarahan Netizen
Dunia
Advertisements

Pasukan Pahang FA yang baru saja menerima pujian netizen kerana menggunakan nama Sri Pahang yang melambangkan konsep “Melayu” pada nama pasukan hari ini menerima cemuhan selepas mengumumkan pertandingan cipta logo pasukan.

Pihak pengurusan Sri Pahang manawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM4000 untuk pemenang dan tarikh tutup pertandingan adalah sebelum jam 5 petang 10 Oktober 2020.

Sri Pahang juga menyatakan logo yang menyertakan tulisan jawi bakal diberikan keutamaan juri dan hanya rakyat Pahang dengan nombor kad pengenalan 06 dan 33 sahaja yang layak menyertai pertandingan ini.

Advertisements

Walaupun ini merupakan hak Sri Pahang namun rata-rata netizen memberikan komentar negatif terhadap keputusan Sri Pahang untuk menghadkan penyertaan kepada orang Pahang sahaja.

Syarat penuh pertandingan boleh didapati di sini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram