Pertembungan 2 Bekas Pemain Sheffield Wednesday Dalam Kancah Liga Super Malaysia

Fernando Forestieri Manuel Hidalgo Sheffield Wednesday Pertembungan 2 Bekas Pemain Sheffield Wednesday Dalam Kancah Liga Super Malaysia
Matt West / BPI / Rex + Sheffield Wednesday
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Pertembungan Johor Darul Ta’zim dan Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super musim ini bakal menemukan dua bekas pemain Sheffield Wednesday, Fernando Forestieri dan Manuel Hidalgo buat kali pertama.

Sheffield Wednesday, sebuah pasukan Inggeris yang kini beraksi di Football League One, liga ke-3 dalam hierarki bola sepak Inggeris.

Walaupun tidak pernah beraksi bersama dalam perlawanan kompetitif, mereka berdua pernah berkongsi kelab dan jurulatih yang sama pada musim terakhir kedua-dua pemain mengikat kontrak bersama kelab berkenaan pada musim 2020.

Pemain import muda Sri Pahang, Manuel Hidalgo yang mempunyai sentimental istimewa dengan lagenda Argentina, Diego Maradona membuat keputusan untuk meninggalkan Sheffield Wednesday atas persetujuan bersama.

Beliau turut menjadi tunjang penting Sri Pahang sejak kali pertama beraksi pada musim 2021 Liga Super Malaysia dan turut menyambung kontraknya semusim lagi buat pasukan Sri Pahang.

Sementara itu, penyerang import JDT, Fernando Forestieri sebelum ini bukanlah asing dalam kancah bola sepak Inggeris.

Beliau beraksi sebanyak 66 perlawanan bersama Watford dan turut menjadi tunjang penting Sheffield Wednesday dengan 40 jaringan dalam 128 penampilan.

Kerja keras Fernando Forestieri diteruskan bersama JDT dan beliau kini antara penyerang paling berbahaya Liga Super selain berjaya menambat hati penonton dengan aksi luar biasanya dalam saingan Liga Juara-juara AFC.

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayani kunjungan Sri Pahang yang kini bergelut dengan masalah kecederaan pemain utama di Stadium Sultan Ibrahim pada hari ini (Rabu, 18 Mei 2022) jam 8.15 malam.

Pertembungan dua bekas pemain Sheffield Wednesday pada hari “RABU” pasti hangat.