Pertemuan Epik Duo Selangor & Erling Haaland Jadi Kenyataan

Selangor Jordan Norway Pertemuan Epik Duo Selangor & Erling Haaland Jadi Kenyataan
Selangor & Norway
Nik Faris @nikfalovic
1:31pm 07/09/2023

Pertembungan epik antara duo sensasi Selangor FC dan bintang Norway, Erling Haaland menjadi kenyataan.

Umum mengetahui bahawa The Red Giants memiliki dua pemain import kelahiran Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan juga Yazan Al-Arab.

Mereka bagaimanapun memiliki satu lagi peluang besar dalam kariernya apabila Jordan dijadualkan berdepan pasukan kebangsaan Norway.

Aksi persahabtan FIFA Tier 1 September ini menyaksikan Jordan bakal berdepan Norway dan juga Azerbaijan.

Ini juga bakal menjadi detik yang cukup bemakna buat duo Selangor FC, Yaazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh.

Mereka kini bakal menjadi watak penting untuk mengekang gerakan penjaring terbanyak EPL, Erling Haaland dan kapten Arsenal, Martin Ødegaard.

Norway berada di tangga ke-44 dunia manakala Jordan kini menghuni tangga ke-82 dunia.

Sebelum ini, Yazan dan Rawabdeh diberi peranan dalam kesebelasan utama Jordan ketika tewas 1-3 kepada juara Piala Dunia 2010, Sepanyol dalam satu aksi persahabatan.

Aksi Jordan menentang Norway akan berlangsung pada jam 1 pagi di Stadium Oslo, Norway.

Satu lagi aksi bakal menyusul melibatkan pertemuan Jordan dan Azerbaijan.