Pertemuan Sengit Thailand vs Malaysia Kembali Jadi Ulang Tayang
MakanBola
FA Malaysia

Pertemuan dua pasukan sensasi Asia Tenggara, Thailand vs Malaysia kembali menjadi buah mulut di Asia Tenggara.

Kedua-dua pasukan baru sahaja menamatkan perjalanan pada kempen Kelayakan Piala Asia 2027 pada akhir Mac lalu.

Thailand kendalian Anthony Hudson cemerlang muncul juara Kumpulan D dengan 15 mata untuk mara ke pentas Piala Asia 2027 sementara Malaysia terkandas pada peringkat kumpulan.

Walau bagaimanapun, pertemuan Thailand dan Malaysia pada peringkat Asia Tenggara sentiasa menjadi ulang tayang peminat tatkala aksi itu sering menjadi tumpuan di ASEAN.

Pertemuan dua pasukan ini kira-kira dua tahun lalu masih menjadi buah mulut peminat tatkala kecemerlangan pertahanan Malaysia menjadi perhatian.

Klip yang dikongsikan oleh ASEAN United FC memaparkan pemain sayap Harimau Malaya, Fazrul Amir turun membantu barisan pertahanan bagi mematahkan serangan skuad Gajah Perang.

Sebagai rekod, Thailand berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan kebangsaan pada pertemuan yang berlangsung, 14 Disember 2024 itu.

Thailand ketika ini berada pada kedudukan ke-93 di dunia berdasarkan kemas kini ranking FIFA.