Pertukaran Jurulatih Gagal Ubah Nasib Tunisia
MakanBola
CAF

Keputusan drastik yang diambil Persekutuan Bola Sepak Tunisia (FTF) untuk mengubah nasib pasukan itu dalam Piala Dunia 2026 gagal membuahkan hasil.

Sebelum ini, pasukan Afrika Utara itu mengambil langkah drastik dengan memecat bekas jurulatih Nottingham Forest, Sabri Lamouchi.

Ini selepas pasukan itu menjadi mangsa belasahan pasukan Scandinavia, Sweden 5-1 dalam aksi pertama Kumpulan F.

Susulan itu, FTF kemudiannya melantik bekas jurulatih Arab Saudi, Herve Renard dengan harapan dapat mengubah nasib pasukan itu di peringkat kumpulan.

Malangnya, usaha tersebut musnah apabila Tunisia dibelasah Jepun 4-0 dalam aksi terbaru kumpulan pada Ahad. Daichi Kamada, Ayase Ueda dan Junya Ito memastikan rekod tanpa kalah Jepun dalam Kumpulan F kekal.

Ini bukan saja menyaksikan Tunisia tersingkir dari saingan Piala Dunia. Malah, pasukan itu juga menjadi pasukan Afrika pertama dibolosi sebanyak empat kali atau lebih dalam kejohanan itu.

Tunisia kini dibolosi sembilan gol, dua melebihi Qatar dan Curacao. Angka tersebut dijangka bertambah jika Belanda merekodkan kemenangan besar ke atas Tunisia dalam aksi terakhir kumpulan.

Belanda amat memerlukan kemenangan jika ingin mara ke pusingan 32 pasukan terbaik selaku juara kumpulan.