Pertunjukan Bola Sepak Kudung Pemain JDT Tarik Perhatian
Komuniti
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menarik perhatian ramai pengunjung pusat beli belah Toppen semalam dengan menyertai demonstrasi permainan bola sepak kudung.

Demonstrasi tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama Bola Sepak Orang Kudung dengan kerajaan negeri Johor dalam mempromosikan sukan berkenaan kepada orang ramai.

Ini juga merupakan sebahagian daripada jelajah Projek Tongkat: Stand With Palestine di mana pasukan-pasukan bola sepak kudung beradu sambil menyatakan solidariti bersama Palestin.

Advertisements

Presiden organisasi tersebut, Fakri Raimi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, JDT dan orang ramai kerana memberi kerjasama dalam memperkenalkan sukan tersebut.

“Saya berharap dengan program seperti hari ini akan dapat membuka mata kepada orang ramai tentang kewujudan bola sepak orang kudung khususnya di negeri Johor,” katanya kepada Media Digital Johor.

Tiga pemain yang menyertai demonstrasi tersebut ialah Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim dan penjaring gol terbanyak Harimau Selatan musim 2023, Fernando Forestieri.

Advertisements

Demonstrasi bola sepak kudung ini turut dikongsikan halaman rasmi JDT, Johor Southern Tigers semalam.

Selain demonstrasi bola sepak kudung, Projek Tongkat juga bakal mengadakan perlawanan amal dengan pasukan bola sepak kudung negeri Johor.

Perlawanan tersebut akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada jam lima petang ini.

Advertisements

Selepas Johor Bahru, Projek Tongkat bakal meneruskan jelajah di Manjung, Perak pada 21 dan 22 November ini.

Penglibatan JDT dalam program ini dilihat komitmen berterusan pasukan itu dalam memberi sumbangan bermakna kepada komuniti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram