Persoalan Mengenai Perubahan Mendadak Fizikal Anak-Anak Fandi Terjawab 
Dunia
The Straits Times
Advertisements

Pemain muda pasukan Singapura, Ilhan Fandi merungkai bagaimana perubahan ketara fizikal menjadi elemen penting dalam mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

Adik kepada Irfan dan juga Ikhsan ini kini sudah pun memulakan langkah baharunya apabila menandatangani kontrak bersama Albirex Niigata baru-baru ini.

Ketiga-tiga mereka ini kesemuanya bermula sebagai penyerang menyaksikan legasi bapa mereka, Fandi Ahmad diteruskan oleh anak-anaknya sendiri.

Advertisements

Namun begitu, Irfan membuat keputusan untuk beralih arah dan kini beraksi sebagai pertahanan tengah bersama pasukan kebangsaan dan juga BG Pathum United di Thailand.

Sungguhpun begitu, pemain berusia 19 tahun ini berkongsi usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kualiti permainan mereka terutamanya melibat bentuk fizikal.

Kata Ilhan, antara kunci penting mengenai perubahan fizikal mendadaknya ialah diet dan sistem pemakanan yang seimbang telah membawa perubahan yang ketara.

Advertisements

Beliau mendefinisikan tubuhnya yang agak kecil kira-kira 10 tahun lalu selain ketinggiannya juga masih tidak mencapai tahap yang diinginkan.

Namun begitu, berkat usaha untuk menjaga pemakanan dan pengambilan nutrisi selain set latihan yang betul dapat membantu tumbesaran para pemain.

‘Ya saya tahu dahulu badan saya agak kecil namun berkat pengambilan nutrisi yang betul dapat membantu diri saya,’-Katanya dalam satu temubual.

Advertisements

Ilhan yang sudah pun mendapat barisan kejurulatihan Singapura termasuklah masuk sebagai pemain gantian ketika perlawanan persahabatan menentang Malaysia tempoh hari.

Gandingan bersama Ikhsan di bahagian serangan telah menajamkan lagi jentera serangan pasukan yang menyaksikan Ikhsan berjaya menjaringkan gol kedua tempoh hari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram