Persoalan Mengenai Perubahan Mendadak Sesi Latihan Harimau Malaya Terjawab
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal berkongsi tentang perubahan yang diterapkan oleh pengendali pasukan, Kim Pan-gon yang menyuntik semangat baharu buat para pemain.

Pemain berusia 31 tahun itu terpilih dalam kalangan 29 orang pemain pasukan kebangsaan kali ini dalam usaha untuk Pan-gon membentuk gandingan terbaik.

Dalam satu temubual, beliau sempat mendedahkan beberapa elemen baharu yang diterapkan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu untuk memacu persembahan anak buahnya di atas padang.

Advertisements

Kata Junior, Pan-gon menerapkan latihan yang berbeza berbanding pengendali terdahulu terutamanya dari sudut intensiti.

“Latihan kali ini berbeza disebabkan oleh penerapan latihan berintensiti tinggi.”

“Jurulatih meminta kita untuk bermain dengan tekanan tinggi selain menekan lawan dari awal permainan, ” jelas beliau dalam satu temubual oleh Harimau Malaya.

Advertisements

Pertahanan kelahiran Malaysia-England itu kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan selain yakin mampu menyumbang sesuatu buat Harimau Malaya.

Malah, beliau juga teruja dan tidak sabar untuk turun beraksi tatkala ketiga-tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun ini.

“Kalau anda lihat pun dalam latihan memang dah berlangsung dengan intensiti tinggi.”

Advertisements

“Pemain pun ada perubahan jadi kita yakin mampu memberikan hasil yang terbaik.”

Para pemain mampu untuk turun beraksi dengan falsafah yang diterapkan oleh Pan-gon selepas jurulatih itu optimis untuk meraih 7 mata tiga aksi itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram