Perviz Qureshi: Malaysia Miliki Seorang Yang Sangat Bagus Iaitu TMJ
Dunia
TheStar.com.my
Advertisements

Ketika diminta menjelaskan permasalahan berkaitan anaknya, Jaami Qureshi dan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Perviz Qureshi sempat memuji DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang disifatkannya sebagai seorang yang berilmu dan bersemangat menguruskan bola sepak.

Disebalik kekecewaannya terhadap apa yang berlaku, beliau percaya masih ada harapan buat Malaysia.

Selain memuji kredibiliti TMJ, Perviz turut menghormati penyokong Malaysia yang disifatkannya sebagai sangat membantu dan “welcoming“.

Advertisements

“Dia (TMJ) sangat hebat, dia sangat bagus untuk bola sepak di sana (Malaysia), jika dia berada di FAM sekarang, perkara ini akan diselesaikan dengan cara yang betul.

“Dia memiliki semangat, ilmu dan mencapai banyak kejayaan dan dia adalah calon paling sesuai (untuk FAM),” jelas Perviz Qureshi kepada Fina Nasrom / Astro Arena.

Jaami Qureshi sebelum ini dijangka bakal menyertai pasukan Iraq menerusi video bayangan yang disiarkan sebelum ini oleh laman portal bola sepak Iraq dan ianya mula tular ke Malaysia dan mengundang beberapa spekulasi berkaitan usaha FAM untuk membawa Jaami menyertai skuad Malaysia.

Advertisements

FAM walaubagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut dan mendakwa, pihak Jaami Qureshi tidak memberikan kerjasama yang baik dari segi dokumentasi kerakyatan dan menghalang pihak FAM untuk datang ke England.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram