Pesta Kad Merah Cemari Aksi Di Brazil
Dunia
433
Advertisements

Aksi kejohanan Campeonato Paranaense di Brazil telah melibatkan pertembungan antara pasukan Athletico-Pr dan Coritiba.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Arena de Baixada itu telah dicemari dengan insiden pergaduhan pada babak akhir permainan.

Pengadil perlawanan yang bertugas tidak teragak-agak untuk melayangkan lapan kad merah. 5 kad merah telah dilayangkan kepada pemain pasukan tuan rumah dan 3 kad merah kepada pemain Coritiba.

Advertisements

Situasi tegang itu difahamkan bermula daripada ketidak puashatian antara pemain. Kira-kira 28 ribu penonton telah hadir melihat aksi tumpuan itu hingga usai perlawanan.

Para pemain kedua-dua pasukan saling bertumbukan hingga ada adegan sepak terajang. Pemain Atletico PR dilihat lebih agresif menyerang pemain-pemain Coritiba hingga ada yang ke tunnel bilik persalinan.

Advertisements

Insiden tersebut telah dileraikan pihak berkuasa yang terpaksa masuk ke dalam padang meleraikan pergaduhan. Video pergaduhan itu tular hingga ke hari ini di beberapa platform media sosial seperti Twitter dan Tiktok hingga mendapat perhatian dunia.

Aksi tersebut tamat dengan keputusan seri, 1-1. Coritiba sebagai juara bertahan kini menduduki tangga ketiga sementara pasukan Atletico PR menghuni tangga teratas untuk kejohanan Campeonato Paranaense.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram