Pestabola Merdeka Kembali Hiasi Bola Sepak Asia
Dunia
MakanBola
FA MALAYSIA
Advertisements

Kejohanan bola sepak yang sudah lama dinantikan oleh rakyat Malaysia iaitu Pestabola Merdeka akan kembali menyerikan para penonton setelah 9 tahun tertunda.

Ini susulan sambutan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ke-90 sekaligus bakal memberikan detik terindah buat bola sepak Malaysia.

Advertisements

Kejohanan kedua tertua selepas Piala Malaysia ini difahamkan akan berlangsung pada Oktober depan.

Menerusi satu kenyataan oleh Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman, mereka kini dalam perancangan untuk melaksanakannya.

Advertisements

“Kami akan menganjurkan Pestabola Merdeka dan kami merancang untuk bermula pada Oktober,” jelasnya kepada NST.

Penganjuran semula ini sudah tentu mendapat sambutan hangat dalam misi memperbaiki kedudukan dan kualiti bola sepak Malaysia pada peringkat Asia.

Advertisements

Kejohanan itu yang memasuki edisi ke-42, akan menjadi medan persiapan yang baik untuk Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023, yang dijangka diadakan pada akhir tahun atau awal 2024 di Doha, Qatar.

News Comments Account