Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menganggap bahawa peta hala tuju F:30 tidak gagal sebaliknya masih mempunyai waktu.
Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram mengenai kegagalan kedua-dua skuad remaja itu tidak menjadi kayu ukur bahawa Peta Hala Tuju F:30 gagal sepenuhnya.
FAM bagaimanapun mengakui kegagalan skuad B-16 dan B-19 kebangsaan pada kempen Kelayakan Piala Asia tahun ini.
“Berdasarkan graf Peta Hala Tuju F:30 ini, sebenarnya banyak pencapaian telah dicapai terutamanya pada Fasa 1.
“Contohnya, Liga Suparimau yang diperkenalkan mulai tahun 2021 telah mendapat pengiktirafan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila memenangi anugerah bagi kategori grassroots.
Walau bagaimanapun, Sivasundaram mengakui bahawa Peta Hala Tuju F:30 Fasa 2 agak terjejas jika melihatkan kegagalan skuad B-16 dan B-20 pada Kelayakan Piala Asia tahun ini.
“Kita tidak boleh membuat penilaian hanya bersandarkan kepada prestasi kedua-dua pasukan remaja pada kempen Kelayakan Piala Asia.
“Apa yang boleh saya katakan, kita masih berada di landasan yang betul bersandarkan kepada beberapa pencapaian pada Fasa 1.
Beliau tetap yakin bahawa pelan F:30 ini masih berada pada landasan yang betul kerana masih memiliki baki 6 tahun.
“Jadi, untuk mengatakan Peta Hala Tuju F:30 gagal, itu tidak benar. Kita masih ada masa enam tahun lagi untuk melihat kejayaan pada penghujung tahun 2030,” ujarnya kepada FAM.
Sivasundaram telah mengarahkan Sekretariat FAM untuk mendapatkan laporan daripada pengurus dan jurulatih B-16, B-19 serta Pengarah Teknikal, Scott O’Donell bagi melihat keseluruhan prestasi kedua-dua pasukan pada kejohanan kelayakan tersebut.