Petar Šegrt: Saya Sukakan Sumareh
Dunia
FF Tajikistan & FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Tajikisan, Petar Šegrt mengakui beliau sebenarnya sudah jatuh hati dengan aksi pemain sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh.

Pengendali berusia 64 tahun itu mengakui bahawa beliau menghadapi tugas yang sukar untuk berdepan dengan anak buah Kim Pan-gon.

Katanya, Malaysia telah membawa cabaran yang amat sukar sungguhpun kedudukan Tajikistan jauh lebih baik berbanding skuad kebangsaan ketika ini.

Advertisements

Ketika ditanya mengenai pemain yang telah menyukarkan perancangan pasukannya, beliau dengan yakin menyatakan ada pemain Malaysia yang benar-benar berkualiti.

“Saya sangat sukakan pemain bernombor 13.”

“Dia pemain yang sangat berkualiti dari Malaysia,” katanya kepada MakanBola.

Advertisements

Pemain yang dimaksudkan oleh beliau ialah Mohamadou Sumareh yang turun dalam kesebelasan utama malam ini.

Sungguhpun beraksi hanya selama 45 minit, impak yang dibawa oleh pemain ini berjaya mencuri perhatian jurulatih kelahiran Croatia ini.

Malaysia menamatkan perjuangan dalam saingan kali ini dengan baik sungguhpun tewas menerusi penentuan sepakan penalti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram