Piala AFF: Akhyar Rashid Menyengat, Kogileswaran Balas Kepercayaan Dengan Gol Bermakna
Dunia
FAM
Advertisements

Perlawanan pertama saingan Piala AFF Suzuki menyaksikan Malaysia berjaya membawa pulang tiga mata penuh setelah menang keatas Kemboja, 3-1.

Pemain tumpuan, Muhammad Akhyar Rashid berjaya membantu pasukan negara dengan menjaringkan satu gol. Tidak ketinggalan, super-sub pasukan, Kogileswaran Raj turut mencetak nama sebagai penjaring.

Akhyar yang turun dalam kesebelasan utama pasukan bermain di posisi sayap kiri. Kelincahan pemain bertubuh kecil ini sekaligus memaksa pemain pertahanan Kemboja mengasari beliau. Akhyar dijatuhkan dan berjaya mendapatkan sepakan penalti buat pasukan.

Advertisements

Pada minit ke-25 permainan, Safawi Rasid ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti. Rembatan deras Safawi di bahagian kiri gawang tidak berjaya diselamatkan penjaga gol Kemboja. Malaysia mendahului dihadapan dengan 1-0.

Menjelang babak kedua perlawanan, Akhyar Rashid sekali lagi menjadi ayam tambatan pasukan apabila pada minit ke-61 permainan, pemain JDT itu menyumbat masuk bola ke gawang Kemboja. Aksi individu pemain berusia 22 tahun itu dilengkapkan dengan satu rembatan kencang.

Advertisements

Pemain yang baru dimasukkan, Kogileswaran Raj juga menjadi penjaring Harimau Malaya. Pemain yang dimasukkan pada minit ke-74 permainan tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri. Pada minit ke-79, Kogi berjaya meledak setelah menyempurnakan hantaran cantik daripada Luqman Hakim.

Bermain sepanjang 20 minit permainan, pemain PJ City FC ini berjaya mempamerkan persembahan terbaik dengan memiliki dua peluang dan salah satunya dinatijahkan dengan ledakan gol. Gol tersebut merupakan gol antarabangsa pertama buat Kogileswaran Raj.

Advertisements

Malaysia kini mengungguli carta kumpulan b bagi kempen Piala AFF Suzuki 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram