Piala AFF Medan Terbaik Arif Aiman Cecah Nilai 1 Juta
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 tempoh hari. Pemain yang berusia 19 tahun itu juga mencatat sejarah menjadi pemain paling muda merangkul anugerah tersebut.

Kemenjadian Arif Aiman dalam saingan liga musim ini sekaligus menaikkan saham pemain muda berbakat ini. Jika disemak di laman sesawang Transfermarkt.com, nilai Arif Aiman kini mencecah 150 Euro bersamaan RM 716,000 setakat 23 November 2021.

Nilai Arif meningkat dimana sebelum ini pada Julai 2021, nilai Arif ialah 125 Euro bersamaan RM 596,000. Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi peningkatan saham Arif Aiman ini. Antaranya adalah disebabkan kelab yang beliau wakili ketika ini.

Advertisements

“Peningkatan nilai Arif itu kalau ikutkan disebabkan banyak faktor. Bukan sahaja kerana dia menang MVP dan piala musim ini, akan tetapi juga oleh disebabkan JDT.”

“Apabila seseorang pemain bermain dengan kelab besar, nilai pemain juga akan meningkat. Sebagai contoh di Eropah, nilai pemain disana akan tinggi kalau datang dari kelab hebat, tetapi kalau kelab biasa-biasa, nilai mereka mungkin rendah.”

Advertisements

Tambah ejen pemain itu, faktor usia yang masih muda juga menjadi ‘bonus’ kepada kenaikan nilai beliau. Effendi juga menjangkakan, nilai Arif Aiman bakal mencecah 1 juta pada hujung tahun ini sekiranya Arif dapat mempamerkan aksi yang cemerlang di pentas Piala AFF.

“Faktor usia Arif yang muda juga menyumbang kepada kenaikan nilai beliau. Tetapi saya jangkakan, kalau dia boleh bermain baik bersama skuad negara di Singapura dalam Piala AFF nanti, mungkin nilai dia akan naik sampai RM1 juta.”

Advertisements

“Bila dia main untuk negara di pentas antarabangsa, nilai dia akan naik lebih tinggi dan ia baik untuk dirinya dan kelab dia juga,” kata Effendi Jagan kepada Harian Metro.

Arif kini sedang bersama skuad Harimau Malaya bagi mengharungi kempen Piala AFF Suzuki 2020. Skuad Harimau Malaya akan meneruskan cabaran menentang pasukan Laos pada Khamis, 9 Disember 2021. Aksi kedua pasukan negara dalam saingan kumpulan B itu amat penting bagi memberi kelebihan buat pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram