Piala AFF: Thailand ‘Kitai’ Vietnam
Dunia
Changsuek
Advertisements

Separuh akhir pertama saingan Piala AFF Suzuki 2020 hari ini menyaksikan pertembungan di antara Vietnam menentang Thailand. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura itu menyaksikan Thailand berjaya mencatat kemenangan keatas Vietnam.

Gol pertama terhasil seawal minit ke-14 permainan menerusi pemain tengah sensasi Thailand, Chanathip Sokrasin. Kesilapan pertahanan Vietnam telah dihukum kapten pasukan Thailand itu apabila berjaya melakukan satu lob sekaligus menewaskan penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen.

Chanathip sekali lagi menjadi watak penting Gajah Perang apabila meledak gol kedua buat pasukan. Gerakan satu dua di antara pemain Thailand berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan kendalian Park Hang-Seo.

Advertisements

Babak pertama permainan tamat dan Thailand mendahului Vietnam di hadapan dengan jaringan 2-0.

Separuh masa kedua bermula dengan satu pertukaran dilakukan pasukan Vietnam. Corak permainan terus berubah, Vietnam dilihat terus mendominasi serangan di bahagian pertahanan Thailand. Beberapa kali Vietnam berjaya mendapatkan percubaan tepat.

Namun begitu kealpaan barisan pertahanan Vietnam untuk merantai pergerakan penyerang Thailand dihukum. Thailand berjaya mendapatkan sepakan penalti namun sepakan itu gagal disempurnakan Chanathip Sokrasin. Penjaga gol Vietnam, Tran Nguyen berjaya menyelamatkan kubu Vietnam daripada terus dibolosi.

Advertisements

Empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan. Thailand berjaya menumpaskan Vietnam, 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram