Piala AFF: Thailand ‘Mendonia’ Ajar Indonesia Cara Bermain Bola Sepak
Dunia
Changseuk
Advertisements

Perlawanan akhir pertama, Piala AFF Suzuki 2020 hari ini menyaksikan Thailand berjaya menewaskan Indonesia, 4-0.

Seawal minit ke-2 permainan, Thailand hadir menerusi kapten pasukan, Chanathip Songkrasin yang merembat kencang bola ke gawang Indonesia. Rembatan itu gagal diselamatkan penjaga gol Indonesia sekaligus membuka akaun jaringan perlawanan.

Serangan bertali arus yang diatur kedua pasukan menghangatkan perlawanan. Indonesia dilihat agak sukar mencari ruang-ruang kosong untuk melepasi pertahanan Thailand.

Advertisements

Sayap berbisa Indonesia, Irfan Jaya sesekali hadir dengan percubaan namun cekap ditangkap penjaga gol Thailand, Siwarak. Separuh masa pertama tamat dengan Thailand mendahului Indonesia satu gol kosong dihadapan.

Babak kedua bermula dengan gol Chanathip Songkrasin pada minit ke-52 permainan. Gerakan solo Supachok mudah disempurnakan Chanathip yang sekaligus meletakkan Thailand 2-0 Indonesia.

Nafsu para pemain Thailand untuk menjaringkan gol terus memuncak apabila Supachok Sarachart pula berjaya mencatat nama selaku penjaring. Pada minit ke-67 permainan, percubaan daripada luar kotak penalti Supachok gagal diselamatkan penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Advertisements

Menjelang babak terakhir perlawanan, Bordin Phala menutup tirai malam gemilang Thailand apabila beliau menjaringkan gol keempat perlawanan. Ketenangan Bordin memastikan Thailand berpesta jaringan dalam perlawanan.

Dua minit masa kecederaan tidak mengubah kepuitusan perlawanan. Thailand menang keatas Indonesia dengan jaringan besar, 4-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram