Ini senarai 7 pasukan pertama yang berjaya menempah tiket awal ke pusingan kalah mati Piala Dunia FIFA 2026.
Kejohanan Piala Dunia FIFA sedang rancak berlangsung di benua Amerika Utara dengan 48 negara bersaing sengit untuk mempamerkan persembahan terbaik di hadapan peminat bola sepak dunia selain memburu 32 tempat di pusingan kalah mati.
Sejurus tamat perlawanan kedua peringkat kumpulan, beberapa pasukan sudah pun mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik dengan kesemua mereka cemerlang merekodkan dua kemenangan daripada 3 perlawanan yang diharungi.
Terdapat 7 buah pasukan yang berjaya mengesahkan slot ke pusingan kalah mati terlebih dahulu iaitu dua negara tuan rumah iaitu Mexico dan Amerika Syarikat selain Jerman, Perancis, Norway, Colombia begitu juga sang juara bertahan, Argentina.
Kesemua 7 negara ini sudah pun merekodkan dua kemenangan daripada 3 perlawanan peringkat kumpulan dan ketika ini menerajui carta kedudukan kumpulan masing-masing dengan masih lagi berbaki satu lagi aksi bakal ditempuh.
Dengan 7 tempat sudah pun dipastikan, kini 25 slot ke pusingan kalah mati akan menjadi rebutan pasukan-pasukan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan bermula awal pagi Khamis membabitkan negara seperti Belanda, Sepanyol dan Portugal.