Piala Dunia Kelab FIFA 2022: Al Hilal Cipta Kejutan Mara Ke Final
Dunia
Al-Hilal
Advertisements

Pemain antarabangsa Arab Saudi, Salem Al-Dawsari muncul wira apabila dua jaringan penaltinya membawa Al Hilal ke final Piala Dunia Kelab selepas menewaskan Flamengo 3-2 dalam aksi di Stadium Ibnu Battuta Tangiers, Maghribi.

Menanti skuad dari Arab Saudi itu adalah juara Eropah, Real Madrid atau wakil Mesir, Al Ahly yang akan bertarung dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Putera Moulay Abdullah, Rabat pada Rabu.

Al-Dawsari menyempurnakan sepakan penalti pertama pada minit keempat selepas Luciano Vietto dikasari pertahanan kanan Flamengo, Matheuzinho menjadikannya pemain pertama menjaringkan gol berdepan lawan yang sama dalam dua edisi Piala Dunia Kelab selepas aksi pertama berdepan kelab Brazil itu pada 2019.

Advertisements

Flamengo, juara Copa Libertadores menyamakan kedudukan menerusi Pedro pada minit ke-20 sebelum terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemainnya Gerson dilayangkan kad merah.

Insiden kad merah itu memberikan penalti buat Al Hilal dan Salem Al- Dawsari sekali lagi tenang mengambil penalti untuk kembali meletakkan juara Asia itu mendahului pada penghujung babak pertama.

Berbaki 20 minit permainan, Al Hilal menambah kelebihan dan semakin hampir ke final selepas Vietto menjaringakn gol ketiga selepas menerima hantaran Al-Dawsari yang juga dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Advertisements

Pedro merapatkan kedudukan 3-2 buat Flamengo dengan gol pada masa kecederaan namun sudah terlambat buat wakil Brazil itu untuk bangkit sekaligus menyaksikan sejarah tercipta buat Al Hilal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram