Piala Dunia: Perancis Buat Rombakan Saat Akhir, Panggil Disasi dan Thuram
Dunia
PSG Official
Advertisements

Juara bertahan, Perancis membuat rombakan saat akhir pada senarai pemain yang akan membawa cabaran di Piala Dunia Qatar 2022, apabila menyenaraikan pertahanan AS Monaco, Axel Disasi menggantikan Presnel Kimpembe.

Kimpembe yang membantu skuad bimbingan Didier Deschamps menjuarai Piala Dunia di Russia empat tahun lalu, terpaksa digugurkan kerana kecederaan harmstring.

Dia sebenarnya baru sahaja kembali beraksi selepas lama merawat kecederaan, membuat penampilan selama 15 minit ketika PSG menewaskan Auxerre 5-0 pada Ahad lalu, namun Persekutuan Bolasepak Perancis memutuskan dia belum cergas sepenuhnya dan tidak berada dalam keadaan cukup baik untuk menyarung jersi Les Bleus di Qatar.

Advertisements

Justeru, ia membawa tuah buat Disasi, tonggak pertahanan Monaco berusia 25 tahun yang tidak pernah meraih kap antarabangsa sebelum ini.

Turut disenaraikan Deschamps bagi melengkapkan senarai 26 pemain, adalah penyerang Borussia Monchengladbach, Marcus Thuram.

Anak kepada legenda Perancis, Lilian Thuram itu berada dalam prestasi yang baik bersama kelab Bundesliga itu apabila menjaringkan 13 gol dan mencatat empat ‘assist’ dalam 17 penampilan semua pertandingan musim ini.

Advertisements

Pemain berusia 25 tahun itu akan bersaing dengan bintang-bintang ternama termasuklah pemenang Ballon d’Or Karim Benzema dan penyerang sensasi Kylian Mbappe untuk merebut tempat di dalam kesebelasan.

Perancis yang memburu kejuaraan ketiga di Piala Dunia akan membuka kempen dengan menentang Australia pada 23 November, disusuli Denmark (27 November) dan Tunisia (30 November).

Skuad akhir 26 pemain Perancis :

Advertisements

Penjaga gol : Alphonse Areola, Hugo Lloris, Steve Mandanda
Pertahanan : Lucas Hernandez, Theo Hernandez, Ibrahima Konate, William Saliba, Jules Kounde, Benjamin Pavard, Axel Disasi, Raphael Varane, Dayot Upamecano
Tengah : Eduardo Camavinga, Youssof Fofana, Matteo Guendouzi, Adrien Rabiot, Aurelien Tchouameni, Jordan Veretout
Penyerang : Karim Benzema, Ousmane Dembele, Olivier Giroud, Antoine Griezmann, Christopher Nkunku, Kylian Mbappe, Marcus Thuram

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram