Advertising
Piala EFL: Manchester United Julang Trofi, Tewaskan Newcastle United
Eropah
MakanBola
Ben Jacobs

Hasrat anak-anak buah Eddie Howe menjulang trofi Piala EFL tidak kesampaian apabila mereka tewas 2-0 kepada juara kejohanan, Manchester United di pentas final.

Kedua-dua pasukan sudah lama mengalami kemarau kejuaraan dengan United mahu menamatkan penantian mereka sejak 2016. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan bermula seimbang dan mencari peluang untuk menjaringkan gol.

Ad

Red Devils mendahului pada minit ke-34 menerusi gol Casemiro. Pemain tengah Brazil itu berjaya melepasi perangkap ofsaid dengan menanduk bola melepasi penjaga gol Magpies, Loris Karius.

Ad

Lima minit selepas itu, Red Devils terus selesa menerusi gol sendiri Sven Botman. Ini selepas bola sepakan Marcus Rashford terkenanya sebelum melantun masuk ke jaring. Kedudukan 2-0 kekal sehingga rehat.

Sebaik perlawanan bersambung, Newcastle United cuba mencipta kebangkitan. Tetapi Manchester United kekal selesa mendahului sehingga tamat perlawanan.

Ad
Ad

Ini merupakan trofi pertama era Erik Ten Hag dan ramai mengharapkan ia merupakan permulaan sebenar era trofi pasca-Sir Alex Ferguson.

Ad