10 fakta penting hangatkan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.
Skuad kendalian Hector Bidoglio turun dengan motivasi terbaik untuk mengekalkan hatrik Piala FA edisi kali ini.
Beberapa perkara menarik mengenai perlawanan berprestij ini telah mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air.
JDT sekali lagi berada di final Piala FA selepas menewaskan KL City pada final tahun lalu. Malah kejayaan menjadi lebih manis apabila pada tahun 2022, Bidoglio telah membimbing Harimau Selatan untuk menewaskan Terengganu.
Dua pemain berbisa JDT dan Selangor, Romel Morales dan juga Alvin Fortes berkongsi kedudukan penjaring terbanyak Piala FA dengan 5 gol setakat ini.
JDT telah menjaringkan 22 gol dalam saingan Piala FA menerusi 11 pemain berbeza dengan perancang tengah, Chico Geraldes merupakan penjaring kedua terbanyak (4 gol) di belakang Romel Morales.
Dua penjaga gol JDT, Syihan Hazmi dan Izham Tarmizi masing-masing mengumpul 3 dan satu perlawanan tanpa bolos dengan Harimau Selatan hanya dibolosi sekali bertemu Kedah Darul Aman.
Selangor pula menjaringkan 14 gol dengan 7 penjaringn berbeza tatkala 11 jaringan telah direkodkan ketika beraksi di Stadium MBPJ.
Kapten Gergasi Merah, Safuwan Baharudin merupakan penjaring kedua tertinggi Selangor dalam saingan Piala FA iaitu 3 gol ketika bertemu Terengganu.
Penjaga gol Selangor, Sam Somerville telah merekodkan satu perlawanan tanpa bolos iaitu ketika menentang Negeri Sembilan pada pusingan 16 terbaik.
Aksi JDT dan Selangor akan berlangsung pada 24 Ogos 2024 jam 9 malam.