Piala FA Belia: Brighton Tewaskan Charlton, Mara Ke Suku Akhir
MakanBola
Paul Hazlewood / Brighton & Have Albion

Skuad belia Brighton & Hove Albion mara ke suku akhir Piala FA Belia selepas berjaya menewaskan Charlton Athletic 0-2 di The Valley, Charlton, London.

Nota: Highlight perlawanan dan aksi 10 minit terakhir Jaami Qureshi di penghujung artikel.

Jaringan Evan Ferguson dan Andrew Moran di separuh masa pertama dan ke-2 memastikan skuad bawah 18 tahun Brighton mara ke suku akhir Piala FA Belia England buat kali ke-2 dalam sejarah penubuhan kelab berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=BYQwFn1suyw

Pemain kacukan England, Malaysia & Iraq, Jaami Qureshi dimasukkan pada minit ke-80 perlawanan menggantikan Zak Emmerson.

Brighton bakal bertemu samada Wolverhampton ataupun Tottenham Hotspur untuk perlawanan suku akhir Piala FA Belia pada 26 Februari ini di tempat lawan.

Aksi 10 minit terakhir Jaami Qureshi di sini.

Highlight Charlton 0-2 Brighton

https://www.youtube.com/watch?v=RueNyrGmxLU

Foto Paul Hazlewood / Brighton & Have Albion