Perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir.
JDT dan Selangor bakal berentap di final pada Sabtu bagi merebut kejuaraan Piala FA edisi ke-34 setelah cemerlang menyingkirkan Kedah dan Terengganu di separuh akhir.
Walau bagaimanapun, di sebalik kemeriahan aksi kali ini, pakar cuaca meramalkan Bukit Jalil bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir pada sebelah petang hari perlawanan.
Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menyaksikan ramalan cuaca pada petang Sabtu dijangka hujan lebat dan ribut petir di Bukit Jalil.
Di sebelah malam pula, hujan dijangka berhenti dan cuaca akan kembali baik menjelang sepak mula perlawanan yang bakal bermula pada jam 9 malam.
Orang ramai turut dinasihatkan untuk berhati-hati ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil memandangkan cuaca buruk boleh mengakibatkan kejadian yang tak diingini berlaku.
Perlawanan akhir Piala FA 2024/2025 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 24 Ogos dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 9 malam.
Untuk rekod, JDT merupakan juara bertahan Piala FA musim lalu manakala kali terakhir Selangor bergelar juara adalah pada tahun 2009..