Piala FA: JDT Tepati Ramalan Julang Piala FA Tewaskan Terengganu
Dunia
MFL
Advertisements

Perlawanan akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT.

Aksi yang dimeriahkan dengan kehadiran 84,321  orang penonton ini menyajikan kehangatan seawal tiupan wisel permulaan.

Kedua-dua pasukan tidak melepaskan peluang untuk mengasak ke kubu lawan menerusi beberapa gerakan menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements

Peluang terbaik buat anak didik Hector Bidoglio hadir menerusi gerakan dari bahaguan kanan padang sebelum percubaan pemain sensasi Harimau Selatan, Arif Aiman singgah di tiang gol.

Terengganu cuba bangkit untuk memperoleh peluang namun gerakan yang direncanakan berjaya dikawal oleh barisan pertahanan JDT.

Serangan balas pantas yang diatur oleh pemain Terengganu hampir membuahkan hasil namun cubaan kapten pasukan, Kipré Tchétché sempat ditempis Farizal Marlias.

Advertisements

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila gerakan Arif Aiman berjaya memperdaya barisan pertahanan Terengganu sebelum melepaskan rembatan melepasi Rahadiazli Rahalim pada minit ke-33.

Babak pertama perlawanan tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasuka saling bertukar serangan namun tiada percubaan berbahaya untuk menguji gawang gol kedua-dua pasukan.

Advertisements

JDT menambah duka buat anak didik Nafuzi Zain apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti.

Pemain sensasi pasukan, Bergson Da Silva cemerlang menyempurnakannya untuk gol kedua pasukan.


Wakil pantai timur itu terus memberikan saingan yang selayaknya kepada Harimau Selatan untuk kembali mengikat kedudukan.

Advertisements

Terengganu menjaringkan gol menerusi Kipre namun ia segera dipadam apabila Bergson menghukum kesilapan yang dilakukan oleh Rahadiazli untuk gol ketika JDT pada malam gemilang ini.

Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan untuk menoktahkan kemenangan menjadi milik JDT sekaligus menambah koleksi kejuaraan pada musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram