Advertisement
Piala FA: JDT Singkirkan Malaysian University Dengan Agregat 13-0
Piala FA
MakanBola
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menyingkirkan Malaysian University dengan agregat 13-0.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan terkuat untuk memburu jaringan besar di laman sendiri.

Pesta gol bermula menentang wakil Liga A1 itu bermula menerusi jaringan Juan Muniz pada minit ke-21 sebelum Heberty Fernandes menyempurnakan penalti pada minit ke-30 untuk kedudukan 2-0.

Dua lagi jaringan terhasil pada minit ke-30 dan 35 masing-masing menerusi situasi kelam-kabut dalam kotak penalti lawan.

Bersambung babak kedua, Malaysian University cuba mengatur gerak untuk mencari jaringan pertama.

Usaha itu bagaimanapun terhalang apabila JDT terus melebarkan kedudukan hasil rembatan deras Fransisco Geraldes menewaskan Syed Irfan pada minit ke-60.

Romel Morales menambah dua jaringan dengan peluang mudah di hadapan gawang sebelum pemain gantian, Bergson Da Silva merakamkan gol pertama peribadi.

Tambahan masa 2 minit menyaksikan JDT menamatkan perlawanan dengan keputusan 8-0 sekaligus menjadikan aksi berakhir 13-0 secara agregat.

Penang atau Kedah bakal menjadi halangan JDT pada aksi separuh akhir Piala FA kelak.